Tip Menjaga Komputer Riba



Komputer riba ataupun laptop/notebook/netbook merupakan satu keperluan bagi kita
sekarang sebab teknologi makin canggih harga pun makin murah. Amat mudah untuk
dapatkan komputer riba dengan spec yang tinggi tapi harga yang rendah sekarang.
Bila kita gunakan komputer riba, kita akan lebih mudah melayari internet, dengar lagu,
berchatting dan sebagainya. Tapi kita perlu tau cara untuk jaga komputer riba kita. Jom baca
tips penjagaan komputer riba kat bawah.

1. Bateri
Elakkan daripada penggunaan bateri. Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri. Jika
bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter. Pastikan bateri berada
di bawah 10 peratus sebelum dicas semula. Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan
keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.

2. Papan Kekunci.
Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya
untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk. Sesekali lapkan papan kekunci dengan
perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak. Kalau boleh
gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan
papan kekunci di komputer riba.

3. Skrin LCD
Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk. Gunakan screen saver. Power
management setkan pada Turn Off monitor in minutes. Elakkan menyentuh skrin dengan jari
kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan. Jangan letakkan jari di
skrin kerana boleh menyebabkan Dead pixel.

4. Haba Panas
Pasikan komputer riba anda ada ruang untuk mengeluarkan haba panas. Perlu diingat
komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.

5. Surge Protector
Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak. Disyorkan jenama
APC, BELKIN atau TARGUS. Kelebihan APC - mempunyai bateri simpanan, line protection
(tiada elektrik tapi masih boleh dihidupkan lagi) dan mempunyai amaran kehabisan bateri.
Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga HDD dan Power Supply.

6. Port
Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk. Gunakan berus atau berus gigi lama.
Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Sensasi

Receive All Free Updates Via Facebook.