Pengenalan Asas MS Excel

Pengenalan Asas MS Excel


Microsoft Excel adalah helaian kerja yang sangat mudah untuk digunakan. Ianya terhad kepada tiga aplikasi iaitu Helaian Kerja,(Spreadsheet), Database (Database) & Grafik (Graphics).



SKRIN MS EXCEL

A.Program Bar- menunjukkan program yang sedang digunakan.

B.Menu Bar - menu di mana arahan disimpan.

C.Standard Toolbar–ikon pintas arahan-arahan yang kerap digunakan.

D.Formatting Toolbar–ikon pintas arahan-arahan berkaitan dengan forrmat.

E.Formula Bar–menunjukkan kandungan sel aktif.

F.Rujukan Sel–menunjukkan lokasi sel aktif.

G.Skrol Bar Menegak–bergerak ke atas atau ke bawah.

H.Skrol Bar Melintang–untuk bergerak ke kiri atau ke kanan.

I.Helaian Lembaran-helaian lembaran kerja.

J.Lajur (A, B, C, …) & Baris (1, 2, 3, …)

K.Sel Aktif –sel yang sedang digunakan.



Microsoft Excel (MS-Excel) merupakan program aplikasi spreadsheet (lembar kerja elektronik) canggih yang paling popular dan paling banyak digunakan pada masa kini. MS Excel banyak membantu kita dalam menghitung, menganalisa dan mampu mempersembahkan data dalam bentuk table.

Data tersebut juga boleh dipersembahkan dengan menggunakan Bar, Grafik, Pie, Line dan banyak lagi. MS Excel 2007 dan MS Excel yang kita gunakan kini adalah merupakan pengembangan dari excel versi sebelumnya yang telah ditingkatkan fungsinya. Ini menjadikan spreadsheet ini lebih mudah, lebih fleksibel, lebih mudah diintegrasikan dengan program office.


Beberapa kemudahan dan kelebihan Excel adalah seperti berikut :

- menyimpan file dalam format XML.
- menggunakan Macro, solver, Add-Ins.
- mengimport data dari database perusahaan.
- menggabung dan mencari sel.
- kemudahan help.
- kemudahan autoSave.
- arahan Find dan Replace.
- menyembunyikan baris dan kolum.
- menampilkan Print Preview dan mencetak.
- mengurutkan(sorting) dan menyaring data.
- menjalankan arahan Undo dan Redo.
- mempunyai fungsi untuk menghapus dan memasukkan baris dan kolum.
- membuat grafik dalam pelbagai bentuk dan kemampuan untuk memformat grafik.
- fungsi pengeditan data di sel,seperti cut, copy, paste, spesial paste, dan delete.
- pelbagai fungsi pemformatan sel
- memiliki fungsi yang lengkap untuk bidang matematik, statistik, logik, kewangan, referens, waktu, dan teks.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Sensasi

Receive All Free Updates Via Facebook.